Bernama News Agency
Previous Next
Bernama News Agency

Agencies    Bernama News Agency


BERNAMA MREM

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia, adalah pembekal terkemuka bagi kandungan berita, maklumat dan gambar yang terkini untuk akhbar, stesen penyiaran, perkhidmatan berita kawat global dan Internet. Semua rangkaian media melanggan berita BERNAMA.

Pelanggan utama BERNAMA adalah akhbar-akhbar berbahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil di Malaysia dan Singapura serta stesen-stesen TV dan radio di negara-negara berkenaan.

Infrastruktur komunikasi yang canggih dan terkini membantu BERNAMA untuk memenuhi permintaan editor dari segi kecepatan, perkongsian maklumat, akses dan boleh dipercayai.

BERNAMA MREM ialah pengedar siaran akhbar profesional agensi ini.

Selama hampir 15 tahun, kerajaan dan syarikat multinasional bergantung kepada perkhidmatan pengedaran siaran akhbar elektronik MREM untuk memberi publisiti kepada produk dan usaha sama mereka di dalam dan luar negara.

Sekumpulan wartawan agensi ini menterjemah siaran-siaran akhbar untuk media tempatan.

Perhubungan Media dan Pengurusan Acara

address:
Wisma BERNAMA
No 28, Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia

telephone:
+60 (0)3 2694 1024

fax:
+60 (0)3 2694 1021
+60 (0)3 2694 1022
+60 (0)3 2694 1023

email:
mrem@bernama.com

website:
http://mrem.bernama.com
Latest Press Release
DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK
http://images.bernama.com/

KUALA LUMPUR, Mei -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak (dua, kiri) bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang (kiri), Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh (dua, kanan) dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab memotong kek sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Bernama ke-50 di Dewan Perdana Felda.